Followers

Search This Blog

Tuesday, September 20, 2011

DOA

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,

kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,

kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang...

Dugaan menjadikan mental kita kuat,

... masalah menjadikan kita berfikir,

huru-hara menjadikan kita tabah...

Hebat kan Allah...semua ada hikmah...

Kalaulah manusia tahu hadis ini:

"Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik

CINTA

CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH

Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)

Monday, September 19, 2011

Panduan

Kenapa Allah suruh kita solat?

Supaya hati kita menjadi putih bersih dan suci.

Kenapa Allah suruh kita puasa?

Supaya hati kita jd putih bersih dan suci.

Kenapa Allah suruh kita berzakat?

Supaya hati kita jd putih bersih dan suci.

Kenapa Allah suruh kita pergi haji?

Supaya hati kita jadi putih bersih dan suci.

Hati yg bersih putih dan suci adalah teras utama dlm keikhlasan dlm setiap perbuatan.

Jadi,tanamkan sifat2 yg luhur dan murni didasar hati kita supaya ia tidak terpalit dgn sifat2 keji dan mungkar.

Cintamu Bagai Embun Yang Terhampar Dihalaman


Cinta itu bagai embun...
Cinta itu bagai pantai...
Cinta itu seketika...
Cinta itu selamanya...
Cinta itu bagai diam...
Cinta itu bagai muzik...
Cinta itu kehangatan...
Cinta itu kejujuran...

Cinta itu tinggalannya penyesalan...
Cinta itu batasnya keimanan...

Cinta itu kerinduan...
Cinta itu kemesraan...

Thursday, September 15, 2011

Dealova

Wednesday, September 14, 2011

Selamat Ulang Tahun Buat Zakariah Bin Safar

Sayang - Menara


Lagu ini ditujukan buat rakan-rakan yang pernah menganali diri ini dengan ucapan semoga bahagia sepanjang masa.

Friday, June 17, 2011

Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj

Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Thursday, June 16, 2011

PETUA UNTUK MANJAKAN SUAMI / LELAKI

1). SABAR DENGAN KERENAHNYA:-
Kadang-kadang mungkin suami / lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja, dia berjauhan dari anda ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar sahaja. Sebaiknya buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalah.

2). KURANGKAN BERLETER / MEMBEBEL:-
Biasanya isteri / pasangan berleter kalau ada sebab. Tidak salah membebel jika untuk kebaikan bersama. cuma kalau boleh kurangkan sedikit bebelan anda kerana lelaki memang tidak suka dengar perempuan membebel. Ada juga sampaikan tidak mahu balik rumah sebab tidak sanggup dengar isteri/ pasangan asyik membebel sepanjang masa. Fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung dihati anda.

3). BELAI DENGAN MANJA:-
Semasa sedang duduk relaks, apa kata anda peluk suami dengan manja atau belai rambut suami. Pasti akan timbul kasih yang amat mendalam.

4). MANJAKAN DIRI ANDA:-
Orang lelaki suka dengan wanita yang manja. Tetapi jangan berlebih-lebihan pulak. Sekali-sekala bolehlah berlagak manja tetapi jangan selalu kerana Suami/ pasangan akan naik rimas dan naik geli.

Tuesday, June 7, 2011

Jadikanlah Aku Kekasihmu

Cinta itu suci, jangan sampai ada yang ternoda...
Cinta itu bahagia, jangan sampai ada yang terluka...
Cinta itu buta, jangan sampai terlupa batas agama...
Cinta itu gila, jangan sampai terlupa kasih ibu dan bapa...


bicara cinta...

Thursday, June 2, 2011



Hari ini (01/06/2011)aku sangat gembira kerana dapat bertemu kawan lama aku (sama-sama satu kerja dulu di Sime Sembawang Eng Sdn Bhd...tapi sekarang dah nama syarikat tu Simedaby) setelah hampir 17 tahun tidak bertemu setelah masing-masing membawa haluan dan arah yg berlainan.Alhamdulillah dia telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak.Dia dan keluarganya bercuti di tpt ku sempena cuti persekolahan ini...Biasalah ubah angin...dah hari2 tinggal di bandar besar Kuala Lumpur yang penuh dengan kesibukan apa salahnya bercuti ditepi pantai pulak...hehe.

Monday, May 30, 2011

CINTA ITU ANUGERAH

Islam telah menggariskan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk memelihara kesucian maruah umatnya. Sebagai seorang islam kita wajib mematuhi perintah-perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya demi menjaga kesucian agama. Umat islam samaada lelaki dan perempuan hendaklah menjaga adab-adab pergaulan dan pandangan masyarakat serta jiran sekeliling agar tidak timbul fitnah dan perkara yang tidak diingini..contohnya lelaki dan perempuan keluar bersama tanpa ditemani mahram, berpegang tangan, berdua-duaan, berpelukan, berkesedudukan dan lain-lain sikap negatif yg mencemarkan kesucian agama islam. Rasulullah s.a.w pernah menyebut dalam satu hadis yang bermaksud, "apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, maka yang ketiganya adalah syaitan".
Walau bagaimanapun islam mengharuskan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menuntut ilmu dan bekerja dengan syarat mereka menjaga adab-adab pergaulan, menjaga aurat dan cara berpakaian, cara bercakap dan cara berjalan.

Saturday, May 28, 2011

AISHITERU

Menunggu sesuatu yg sangat mengebalkan bagiku...
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu dan rasakan aaaku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan aaai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang aku rasakan
Saatku sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah oooo..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Mestipun kau jauh
Aku tetap mengingatimu selalu...percayalah..percayalah..

Thursday, May 26, 2011

PAHIT MANIS BERMADU

BERPOLIGAMI...sebenarnya bila kita sudah merasainya...pastinya kita merasa ianya bukanlah sesuatu yg indah...Madu manis bagi lelaki tetapi tidak pada wanita..Sakitnya bermadu hanya yg merasa akan terasa...Dalam manisnya madu terselit juga pahit hempedu..madu manis pada dirimu..tapi tidak pada diriku..TETAPI manisnya iman sebagai hasil mujahadah panjang sedikit yg bisa menikmatinya...

Saturday, May 21, 2011

Malam Kian Panjang

Malam kian panjang
Ku rasakan
Tiada mimpi
Yang bertandang
Engkau entah dimana
Malam kian panjang
Sedang ku sendirian
Tak berteman
Sudah sekian lama
Ku terbiar
Tanpa sentuhan mu
Kamar ini pun
Semakin Sepi
Sayu
Kerana aku
Takut berdosa
Ku pertahankan
Ke setiaan ku
Walaupun batin
Ini meronta
Berbagai bisikan
Yg menggoda
Aku anggap
Ujian belaka
Menguji kekuatan dalaman ku..

Wednesday, May 18, 2011

PULANGLAH

Minggu berganti minggu...
Setiap hujung minggu ku menunggu kepulanganmu...
menunggu dan terus menunggu dengan sabar..
Sampai bilakah aku harus menunggu....kepulanganmu..????

Sejati

Tuesday, May 17, 2011

Cinta Itu Waktu Yang Berlalu

bukan niatku mencuri hatimu...
tapi kita ditakdirkan serupa...
jiwa yang sama cinta berkelana...
sepi dan rindu teman di kala berduka...

tidak aku mereka cerita...
jauh dari menciptakan suasana...
mungkin kebetulan nasib kita serupa...
takdir menemukan mungkin untuk merawat lara...

kau anggap aku teman biasa...
tapi bagiku kau terlalu istimewa...
walau cinta tak mungkin terbit bagai suara...
namun perasaan kasih dan rindu melebihi dari segala...

biarlah waktu menjadi penentu...
kerana ia tak menunggu malah terus berlalu...
namun aku senantiasa akan ada di sisimu seperti dulu...
menunggu penuh harapan tanpa pernah mengenal ertinya jemu...

Jom Bercinta Lagi.

Cinta itu bahagia jika dihargai...

Saturday, March 26, 2011

tangkap leleh kejap

Monday, February 21, 2011

Penat lelah bekerja...


Penatnya hari ni... Macam tak larat dah nak komen apa-apa, tapi komenlah sikit...

Banyak-banyak kerjaya, kerjaya apa pilihan kita ?

Ramai orang tak tahu kerjaya pilihan mereka dan belajar sekadar belajar...

Bila dah nak masuk bidang pekerjaan, baru terperangkap dalam dilema memilih kerjaya...

Sunday, February 20, 2011

Kalau Boleh Ku Undur Masa



Saturday, February 19, 2011

Sudu Dan Garfu - Percintaan Yang Unik


Indah betul cereka cinta malam ni. Dah lama tak dihidangkan cerita cinta macam ni. Macam teringat cerita dolu-dolu.

Bangun Pagi Dan Kucupan...


Bangun pagi dengan kucupan membuat kita tidak sabar untuk bangun pagi keesokan harinya...
Bangun pagi dengan leteran membuat kita tidak sabar untuk bangun pagi keesokan harinya di kamar yang lain dengan pasangan yang berbeza...

Friday, February 18, 2011

Jika Kau Bercinta Lagi...

Dalam sehari, berapa kali pasangan dan kita saling mengucapkan 'Terima Kasih' di antara satu sama lain ?
Terlerainya ikatan kasih sayang dan kepudaran warna cinta banyak berpunca dari rasa tidak saling menghargai di antara satu sama lain...
Indahnya dunia seandainya setiap pagi dan sebelum melabuhkan malam, pasangan kita mengucapkan penghargaan dan rasa terima kasih kerana masing-masing telah melaksanakan tanggungjawab sebagai tangan kanan dan kiri di dalam alam rumahtangga...
Teguhnya tugu kesetiaan akan terobek oleh serangan anai-anai gusar dan ragu terhadap kemampuan diri sendiri di dalam memainkan peranan sebagai anggota rumah tangga...
Beredar menurut masa, ianya akan membentuk lohong besar di dalam jiwa diantaranya yang akan menjemput kesunyian menempati ruang tersebut...
Sunyi sering membisikkan kecurangan dan merasionalkan alasan-alasan yang tidak munasabah untuk melengkapkan kesempurnaan sebagai insan yang individu...
Pada takat yang itu, kaburlah tanggungjawab sebagai ayah, ibu, suami mahupun isteri...

Sayangkah Kita Pada Diri Sendiri ?


Dalam satu hari berapa kali kita ucapkan cinta dan sayang pada diri sendiri ? Kalau kita tak sayangkan diri kita sendiri... Siapa nak sayangkan kita ?

Penantian

Thursday, February 17, 2011

Cinta Seusia Dunia


Kalau kita jatuh cinta, kita selalu rasa bahagia, tak tengok cermin dah nampak muka, belum makan dah nak buang air besar, mata pejam tapi tak pernah rasa mengantuk.

Kalau kita jatuh kerana cinta, perut memulas-mulas, tangan berpeluh, nampak kucing melintaspun dah rasa tertekan, belum bekas kekasih jalan depan mata dengan pasangan baru.

Hakikatnya semua tu sekadar perasaan tapi yang ajaibnya, fizikal dan material boleh terjejas bahana olehnya.

Berdua Lebih Baik

Kalau Berpacaran

mampukah aku berkongsi perasaanku dengan pasanganku ?


Kalau kita berterus-terang tentang semua perasaan yang kita ingin kongsikan... Mampukah pasangan kita menerima perasaan tersebut sebagaimana kita merasainya... Kadang-kala rasa saling bersaing untuk menandingi keseronokan perasaan akan mewujudkan kebencian yang abstrak...

Ku Cari Damai Di Hati

Keunggulan Cinta Dari Sinar Mata

Jarak Antara Gagal Dan Berjaya




Ada Orang Kata Mereka Gagal...
Hakikatnya Mereka Belum Berjaya...

Di Hari Persandinganmu

Hampa

Kekasihku

Bila Hati Terpikat - Siang Dan Malam Teringat-Ingat...

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri