Followers

Search This Blog

Thursday, June 14, 2012

Isteri Mudaku Orang Putih

Cinta kedua bukanlah pilihan tetapi jika ia datang, jangan sesekali hati menafikan.

Pertemuan dan jodoh kami adalah peristiwa yang tidak pernah dirancang. Hati tidak pernah melintaskan cinta antara benua yang bersilang dengan perbezaan status dan usia akan menjadi destinasi cinta yang terindah sepanjang pengalaman kami mengharungi dunia kehidupan yang tanpa kami sedari sarat dengan kasih dan sayang.

Segala-galanya bermula dari sapaan di muka buku. Selintas sapaan telah menjalinkan rasa ingin tahu akan isi hati masing-masing dengan lebih mendalam lagi.

Perkenalan yang tidak pernah bermula dengan hasrat untuk mengikat simpulan kasih sayang dari hati ke hati namun kerana kejujuran dan rasa saling mengisi kesepadanan ruang yang lowong di dalam jiwa akhirnya kerinduan semakin membatu dari detik ke saat, dari saat ke minit seterusnya ke waktu-waktu yang serasa panjang tanpa sapaan dan pertanyaan antara satu sama lain.

~ Cinta tidak akan terus berdenyut jika ia terhenti dengan satu noktah kebahagiaan ~


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri