Followers

Search This Blog

Thursday, June 16, 2011

PETUA UNTUK MANJAKAN SUAMI / LELAKI

1). SABAR DENGAN KERENAHNYA:-
Kadang-kadang mungkin suami / lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja, dia berjauhan dari anda ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar sahaja. Sebaiknya buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalah.

2). KURANGKAN BERLETER / MEMBEBEL:-
Biasanya isteri / pasangan berleter kalau ada sebab. Tidak salah membebel jika untuk kebaikan bersama. cuma kalau boleh kurangkan sedikit bebelan anda kerana lelaki memang tidak suka dengar perempuan membebel. Ada juga sampaikan tidak mahu balik rumah sebab tidak sanggup dengar isteri/ pasangan asyik membebel sepanjang masa. Fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung dihati anda.

3). BELAI DENGAN MANJA:-
Semasa sedang duduk relaks, apa kata anda peluk suami dengan manja atau belai rambut suami. Pasti akan timbul kasih yang amat mendalam.

4). MANJAKAN DIRI ANDA:-
Orang lelaki suka dengan wanita yang manja. Tetapi jangan berlebih-lebihan pulak. Sekali-sekala bolehlah berlagak manja tetapi jangan selalu kerana Suami/ pasangan akan naik rimas dan naik geli.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri