Followers

Search This Blog

Friday, March 23, 2012

Marilah bersedekah.

"Ya Allah SWT berilah orang yang berinfaq, gantinya."
Dan berkata yang lain :
"Ya Allah jadikanlah orang yang menahan infaq, kehancuran."

"Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma’ruf sedekah, nahi munkar sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada istri sedekah." Dan sedekah adalah ungkapan kejujuran (siddiq) iman seseorang.

Kucingpun tahu bersyukur.
Sedekah bukan dikira dari banyaknya, pulangan pahalanya mahupun ganjaran yang bakal diperolehi. Sedekah yang ikhlas mampu menyucikan hati yang tidak lekang dari penyakit dunia. Tanpa sedekah sekalipun, kita telah diberi ganjaran nyawa, nikmat dan sebagainya namun sedekah lebih dari menyatakan kesyukuran kerana telah dikurniakan kelebihan sehingga yang berlebihan dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan.

Dunia ini adil, harta sekadar amanah dan berkongsi amanah adalah nikmat yang mana ia adalah kurniaan Allah SWT terhadap hamba-hambanya. Bersedekahlah sesama makhluk kejadian Allah SWT tanpa membatasinya dengan prejudis dan persepsi negatif.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri