Followers

Search This Blog

Monday, February 13, 2012

DIAM

Diam

membawa seribu makna
memberi seribu erti
mendatangkan seribu tanda tanya
...
ada diam setuju
ada diam rajuk
ada diam marah
ada diam kecewa
ada diam strategi
ada diam pasrah
ada diam fana
ada diam amanah
ada diam kerenah

diam jua karamah...
antara sunnah...
ajaran baginda nabi yg dipinggirkan ummah....
yg mengajar kita agar diam tatkala marah...
agar tiada keluar sumpah seranah
dari hati yg sedang bernanah...

diam...
kadangkala menyelamatkan silaturrahim
kadangkala menyelamatkan rumahtangga
kadangkala menghindar dari menjadi anak derhaka
kadangkala menghindar dari menjadi isteri tak cium syurga
kadangkala membuatkan musuh terhenti bicara
kadangkala membuatkan musuh hilang amarahnya

biarlah mulut diam bicara
sepi tanpa kata
asal hati kecil kita
tiada diam mengingati Yang Esa
setiap detik dan ketika

1 comments:

Anonymous said...

Jangan pernah rasa hidup ini kosong...
Kerana Allah turunkan al-Quran dan Sunnah untuk mengisi kekosongan itu...
Jangan pernah rasa hidup ini hilang arahnya..
Kerana Allah turunkan al-Quran dan Sunnah tuk menunjuk arah yang benar...
Jangan pernah rasa hidup ini penuh duka...
Kerana Allah turunkan al-Quran dan Sunnah tuk menyampaikan berita gembira...
Jangan pernah rasa hidup ini x perlu dengan al-Quran dan Sunnah..
Kelak kau akan merasa kekosongan..., hilang arah hidup dan hidup penuh kedukaan..(",)

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri