Followers

Search This Blog

Wednesday, February 8, 2012

Senyum Dan Tangis Sebagai Penawar

Di suatu lembah, seekor semut berkata kepada teman-temannya:
Ertinya: "Hai semut-semut, masuklah kedalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya,sedangkan mereka tidak menyedari."Mendengar perkataan semut itu Sulaiman tersenyum dengan tertawa dan lalu bersyukur kepada Allah atas nikmat yg dianugerahkan. (An Naml:18-19)

Anekdote di atas, merupakan satu kenyataan dari filsafat kegembiraan ( the philosophy of Joy) yang menyatakan bahawa dunia ini dipenuhi dengan suasana kegembiraan. Dalam kehidupan sehari-hari tidak seorang pun di antara kita yang dapat bahagia tanpa senyum, tertawa dan gembira.

Harga senyum dan tertawa tidak dapat kita ukur dengan takaran materi. Untuk tertawa saja kadang-kadang kita perlu mengeluarkan wang untuk menonton sesuatu yang lucu atau lawak. Namun harga wang kita keluarkan bukan merupakan simpanan yang menentukan harga kegembiraan. Mungkin kelak di Hari Kebangkitan saja kita merasa dan dapat menilai harga dan tawa gembira ria, sebagai suatu indikasi dari ketaqwaan sesorang ketika masih di dunia. Firman Allah SWT : Ertinya ; Banyak muka pada hari itu berseri-seri tertawa gembira ria. Dan banyak pula muka pada hari itu tertutup debu dan ditutupi oleh kegelapan. mereka itulah orang-orang kafir lagi derhaka ( Abasa:38-42)

Kalaupun hal itu terasa jauh, baiklah kita ingat hadith Nabi yang memberikan harga senyum sebagai sedekah. Orang yang apabila bertemu dengan saudaranya seagama, dia akan mendapat pahala dari Allah dan pada Hari Kebangkitan kelak dia akan tersenyum kembali bersama orang-orang yang senyum lainya.

"Tabiat manusia bergembira ria apabila mendapat rahmat dari Allah (As Syura:48). Senang berlayar menikmati alam dengan wajah ceria (Yunus:22). Berfoya-foya penuh tawa dengan kehidupan dunia(Ar Ra'ad:25)."

Tertawa memberikan kesimbangan dalam keadaan jiwa manusia. Kita tidak boleh membayangkan bagaimana seandainya diantara kita ada yang tidak pernah tertawa. Wajahnya muram, kusut dan nampak bengis serta berang. Mungkin malaikat Malik saja yang memang sengaja diciptakan demikian, sebab kerjanya berhadapan dengan orang akan terus-menerus menangis, iaitu orang-orang kafir dan orang-orang munafik.
Ertinya : Maka sebentarlah kamu (hai orang-orang munafik) tertawa (selama hidup didunia), dan menangislah terus menerus (di neraka). (At Taubah:82)

Didalam Al-quran, selalu senyum tertawa gembira menunjukkan kepada sikap emosional bahagia. Sebaliknya menangis, merupakan akibat emosi-emosi duka, marah dan tidak bahagia, mestipun kita tidak menyangkal bahawa kita menangis kerana terlalu bahagia. Atau kerana disebabkan oleh debu, hawa dingin atau angin kencang dan mungkin pula air mata bercucuran misalnya, waktu mengupas bawang dan kena rembesan air jeruk.

Air mata kita keluar dari kelenjar laksimal yang terletak disebelah atas ekor mata atau sudut luar atas rongga mata. Setiap kita mengejapkan mata, air itu mengalir melalui permukaan bola mata dan kemudian ke saluran nasal, ke sudut mata sebelah dalam dan lalu keluar melalui terusan air mata yang bermuara di rongga hidung.

Air mata itu selalu keluar apabila kita mengejapkan mata, sehingga kelopak mata dapat membasahkan kornea ( selaput tanduk) yang terdapat di muka biji mata. Oleh kerana itu, para ahli mengatakan, bahawa menangis sebetulnya satu proses yang selalu berlangsung, sebagai cara alamiah atau membersihkan bola mata. Maha Besar Allah dengan segalanya firman-Nya..
Ertinya : Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangislah yang banyak ( At Taubah:82).

Menangis bukan tidak ada gunanya. Seorang ahli biokimia, William Fery dari jurusan Psikiatri, Pusat Medis St.paul Ramsey di Mennisota AS, mengutarkan suatu teori tentang gejala menangis. Ia berpendapat bahawa air mata berperanan sebagai pelarut zat kimia tertentu dari dalam tubuh yang berjangkit akibat keadaan tegang. Zat itu harus larut melalui cairan tubuh, sebab jika tidak boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti luka bahu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri