Followers

Search This Blog

Showing posts with label petua... Show all posts
Showing posts with label petua... Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Hubungan Suami Isteri Agar Lebih Mersa

Setiap perkahwinan dalam keluarga pasti mengharapkan kebahagiaan yang terus-menerus. namun kadang-kadang sulit untuk mencapainya. Sebab jika usia perkahwinan itu sudah lama, biasanya kebahagiaan agak mengendur. Terutama soal hubungan seksual, inilah yang menjadikan tonggaknya. Agar memiliki vitalitas seksual yang tinggi dan perkahwinan lebih mersa bahagia dapat mempergunakan ramuan-ramuan tradisional.

Ambilah lada hitam satu sudu teh.
Sepotong ragi.
2 biji limau nipis.
Sepotong lengkuas.
2 potong besar halia.
1 sudu teh garam.

Cara-caranya:

Lengkuas dan halia diparut halus. Ragi dan lada hitam ditumbuk sampai halus. lalu campurkan parutan lengkuas, halia, lada hitam dan ragi yang ditumbuk halus.

Aduklah dengan limau nipis dan garam. Setelah mengaduk rata. tapis dan perahlah, lalu ambil airnya. Ambil sari ramuan itu sebanyak setengah atau 1/3 gelas dan satu kali minum.

Ramuan ini boleh diminum oleh wanita atau lelaki, pasti vitalitas sexnya akan meningkat. Dan perlu diketahui, menggunakan ranuan ini juga untuk keperluan membatasi kelahiran sebab dengan meminum ramuan ini, maka pasangan suami isteri tersebut tidak boleh mendapat anak sementara waktu menggunakan ramuan ini. Buat mereka yang menginginkan anak, tidak boleh meminum ramuan seperti ini.

Wednesday, February 8, 2012

PETUA IMAM SYAFIE



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Sunday, February 5, 2012

Khasiat Halia

Jika anda mengalami masalah nafas yang berbau busuk, tentu tidak menyenangkan orang sekeliling, anda boleh mengatasi masalah ini dengan minum air rebusan halia.

Caranya :
Ambil sebesar ibu jari tangan halia setelah itu tumbuk, jangan hancur, rebuslah halia tersebut dengan tiga gelas air. Setelah mendidih biarkan sejuk.

Anda boleh minum air rebusan halia ini bila anda lepas makan. Minumlah dua kali sehari. Amalkan selama tiga hari. Anda akan senang dengan bau nafas anda yang harum. Selamat mencuba.

Perkara-perkara Yang Dapat Menjadikan Fakir

1. Tidur telanjang lepas pakaian.
2. Kencing dengan telanjang bulat.
3. Makan dalam keadaan junub.
4. Makan dengan berbaring.
5. Mengabaikan remukan sisa hidangan makan.
6. Membakar kulit bawang merah dan putih.
7. Menyapu rumah dengan kain.
8. Menyapu rumah di malam hari.
9. Menyapu sampah tidak segera dibuang.
10.Berjalan di muka orang-orang tua atau mendahuluinya.
11. Memanggil kedua orang tua ( ayah dan ibu ) hanya dengan menyebut namanya saja, kerana tidak mengungkapkannya.
12. Mencukiti sela-sela gigi dengan benda keras.
13. Mencuci tangan dengan tanah dan debu.
14. Duduk di atas tangga atau sikai.
15. Bersandar pada salah satu kaca-kaca pintu.
16. Berwudhu di tempat peristirehatan.
17. Menjahit pakaian pada badannya (sedang dipakai).
18. Menyapu muka menghilangkan keringat dengan gombal.
19. Tidak mahu membersihkan rumah labah-labah di rumah.
20. Mempermudahkan dalam mengerjakan solat, tidak mahu merendah dan khusyu'.
21. Segera keluar dari masjid setelah solat Subuh.
22. Berpagi-pagi benar berangkat ke pasar.
23. Menunda-nunda pulang dari pasar.
24. Membeli potongan-potongan roti dari fakir miskin yang meminta-minta.
25. Mendoakan jelek kepada anak.
26. Tidak mahu menutupi tempat-tempat.
27. Memadamkan lampu dengan tiupan nafas.
28. Menulis dengan pena atau pulpen yang diikat sudah rosak.
29. Bersisir dengan sikat yang sudah pecah-pecah atau sudah patah-patah.
30. Tidak mahu mendoakan baik kepada kedua orang tua.
31. Memakai serban dengan duduk.
32. Memakai seluar sambil berdiri.
33. Bakhil, menahan memberikan sesuatu kepada orang lain.
34. Terlalu menghemat.
35. Malas.
36. Menunda-nunda kesempatan.
37. Pemboros.
38. Mengabaikan segala urusan.

Friday, June 17, 2011

Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj

Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim, tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

Thursday, June 16, 2011

PETUA UNTUK MANJAKAN SUAMI / LELAKI

1). SABAR DENGAN KERENAHNYA:-
Kadang-kadang mungkin suami / lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja, dia berjauhan dari anda ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar sahaja. Sebaiknya buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalah.

2). KURANGKAN BERLETER / MEMBEBEL:-
Biasanya isteri / pasangan berleter kalau ada sebab. Tidak salah membebel jika untuk kebaikan bersama. cuma kalau boleh kurangkan sedikit bebelan anda kerana lelaki memang tidak suka dengar perempuan membebel. Ada juga sampaikan tidak mahu balik rumah sebab tidak sanggup dengar isteri/ pasangan asyik membebel sepanjang masa. Fikirkan cara lain untuk menyampaikan apa yang terpekung dihati anda.

3). BELAI DENGAN MANJA:-
Semasa sedang duduk relaks, apa kata anda peluk suami dengan manja atau belai rambut suami. Pasti akan timbul kasih yang amat mendalam.

4). MANJAKAN DIRI ANDA:-
Orang lelaki suka dengan wanita yang manja. Tetapi jangan berlebih-lebihan pulak. Sekali-sekala bolehlah berlagak manja tetapi jangan selalu kerana Suami/ pasangan akan naik rimas dan naik geli.

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri