Followers

Search This Blog

Thursday, June 2, 2011



Hari ini (01/06/2011)aku sangat gembira kerana dapat bertemu kawan lama aku (sama-sama satu kerja dulu di Sime Sembawang Eng Sdn Bhd...tapi sekarang dah nama syarikat tu Simedaby) setelah hampir 17 tahun tidak bertemu setelah masing-masing membawa haluan dan arah yg berlainan.Alhamdulillah dia telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak.Dia dan keluarganya bercuti di tpt ku sempena cuti persekolahan ini...Biasalah ubah angin...dah hari2 tinggal di bandar besar Kuala Lumpur yang penuh dengan kesibukan apa salahnya bercuti ditepi pantai pulak...hehe.



Esok ( InsyaAllah) dalam perancangan setelah aku habis berniaga...aku dah berjanji dengan kawan aku tu untuk membawa dia dan keluarganya untuk pergi melihat kunang-kunang berterbangan sambil menaiki bot di Restoran Firefly...naik bot tu kena bayar lah tapi x lah mahal sangat sbb aku org kampung dapatlah diskaun.. tambang seorang rm5 utk menaiki bot menyusuri sungai johor sambil menikmati keindahan malam dihiasi kunang-kunang yg berterbangan bebas...Sepanjang sungai tu gelap tanpa karen...tapi kelihatan indah bila si kunang-kunang tu terbang memancarkan cahaya lampu yg ada di badannya...Seronok kan jadi kunang-kunang x payah bayar karen...tapi tetap terang si kunang-kunang tu dalam gelap...Cantik dan mempersonakan...

1 comments:

Anonymous said...

wahhhh..! seronoknyer...alangkah indahnyer menikmati keindahan malam bersame2 ngan yg tersayang ketike itu...fuhyoo..x tergambar keriangan ku..jeles :)

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.
JOIN WEBINAR PAU 2018
 
© Copyright 2035 Hati Bukan Batu Theme by Yusuf Fikri